Search This Blog

Wednesday, December 9, 2009

SALAHKAH BTN?????




UTUSAN MALAYSIA 10 DISEMBER 2009
(FORUM)

Di mana silapnya Biro Tata Negara?
DI mana silapnya Biro Tata Negara (BTN)? Satu persoalan yang menjadi isu baru yang dimainkan oleh parti pembangkang. Kenapa? Kerana dia takut rakyat Malaysia menjadi manusia. Dia takut rakyat Malaysia menjadi insan yang baik, itu yang dapat saya simpulkan.
Mungkin ada sesetengah mereka sebagai orang yang pernah mengikuti kursus BTN ini sependapat dengan saya tapi mereka tidak dapat luahkan apa yang mereka rasa.
Ini pendapat saya dan pengalaman yang saya pernah mengikuti kursus ini. Memang banyak kebaikan. Tidak kira sekiranya Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah ataupun pakatan pembangkang sendiri mungkin pada suatu hari nanti. Pakatan pembangkang yang berkeinginan sangat mahu membentuk kerajaan. Sebab, semasa mengikuti kursus ini dapat menyemai satu perasaan yang begitu sayangkan tanah air.
Sebagai satu contoh ketika mengikuti satu sesi kalau tidak silap saya sesi itu kami dalam satu kumpulan diberi satu kertas berukuran A4. Kecil sahaja kertas itu tapi kertas itu ibarat tanah air kami dan kami pijak kertas A4 itu dengan bersungguh-sungguh sambil berzikir dan kami menangis kerana ada tangan-tangan jahat yang ingin merampas tanah air kami. Perasaan sayangkan tanah air begitu tebal sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Buruk ke jika ada semangat sayangkan tanah air kami dalam kursus BTN?
Ketahanan diri ketika mendaki bukit, memilih salah seorang daripada ahli kumpulan kami sebagai ketua. Ketika itu ketua kumpulan kami yang kami amanahkan menjaga kami sepanjang ekspedisi itu ialah seorang lelaki yang agak nanar dan bersikap kasar. Tapi kami amanahkan dia menjaga kami dan kami berjaya membentuk dia menjadi seorang yang cukup prihatin dan berjaya menjaga, menolong kami yang hilang semangat untuk habiskan ekspedisi itu.
Dia sanggup memikul beg sandang kami bila kami tidak larat membawanya. Bukankah itu satu kursus yang telah berjaya membentuk seseorang yang ada sikap pentingkan diri sendiri sehingga lahir sikap yang baik, sayang pada ahli kumpulan dan yang penting sekali BTN telah berjaya menerap nilai-nilai murni dalam hati seseorang. Salahkah BTN?
Kami diwajibkan sembahyang berjemaah setiap kali masuk waktu solat, qiamullail juga telah membentuk kami menjadi insan yang sedar kesalahan kami, betapa kecilnya kami dengan dosa-dosa kami lakukan. Dan selepas qiamullail itu ketua kumpulan saya memotong rambutnya yang panjang, menangis kesedihan, Ya Allah, kau telah bukakan pintu hati seorang hamba-Mu yang selama ini lalai tapi setelah BTN dia ingin menjadi seorang insan berguna. Gagalkah BTN membentuk masyarakat?
Dan akhir sekali, yang saya ingat, sesi luahkan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, juga pengalaman sedih dan pengalaman gembira sepanjang hidup. Kami luahkan apa sahaja yang selama ini kami simpan dalam hati. Ada yang menangis, ada yang ketawa. Kami merasa lega selepas itu. Salahkah BTN?
Itu mungkin sedikit antara contoh-contoh. Tapi apa yang dapat saya rumuskan BTN itu tidak silap. Banyak manfaat yang kami terima. Kami sayangkan tanah air kami, kami sedar akan dosa-dosa kami pada Tuhan, pada ibu bapa dan pada diri sendiri.
Mungkin ada yang mempunyai ego yang tebal, merasa diri mereka sudah sempurna yang tidak suka akan BTN. Mungkin juga seseorang yang ada terselit perasaan pentingkan diri sendiri atau lebih baik saya katakan takut tergugat untuk menambah ahli parti dan takut sangat pada BTN.
Tapi bagi saya dari kursus BTN yang saya hadiri semasa muda dulu hingga sudah berusia ini berjaya membentuk diri dan hari ini saya tidak sabar untuk menghantar anak-anak saya yang semakin membesar sekiranya ada peluang.


Oleh,
KAK SAL
Kerteh, Kemaman

KURSUS BTN - SUNGGUH CEPAT UMNO MELATAH..


Tiada apa yang salah mengenai kursus BTN..Jangan kerana Pembangkang boikot BTN,UMNO pulak bertelagah sesame sendiri..memang tak dapat disangkal,MELAYU MEMANG CEPAT MELATAH..baru sahaja dicuit sedikit pihak Pembangkang, UMNO melatah sampai meleret-leret..ishishish...

Kursus BTN mempunyai banyak modul yang tersendiri yang akan digunapakai mengikut keperluan dan mengikut golongan perserta yang terlibat..Kebanyakan modulnya adalah berkonsepkan cintakan tanah air dan menerangkan isu semasa yang berlaku dalam negara yang boleh menggugat keselamatan negara.Takkan ini pun salah???

Pertahankan apa yang yang ada jika itu adalah sesuatu yang baik untuk anak bangsa..buangkan segala yang memungkinkan pertelingkahan yang berlarutan agar Melayu tak terus hanyut dengan permainan orang-orang yang ingin melihat Melayu jatuh di tanah air sendiri..jadikan pengkhianat Melayu yang ada sebagai satu cabaran kepada bangsa itu sendiri..Sesungguhnya,
Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali Imran ayat 120 bermaksud:

“Kalau kamu beroleh kebaikan, (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa , (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi akan apa yang mereka lakukan.”

Kuntuman Melur Di Atas Para,
Layu Terbiar Tidak Berjaga,
Melayu Perlu Kukuh Saudara,
Jauhi Sengketa hapuskan Prasangka

Tuesday, December 8, 2009

BANGSA MELAYU SEMAKIN TENAT..


Dalam memperkatakan Gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh YAB PM, jelas sekali perpaduan antara kaum menjadi fokus utama yang ingin dicapai demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara. Tetapi, adakah kemakmuran dan kestabilan ini juga yang dipentingkan oleh rakyat?Adakah rakyat Malaysia kini cukup faham dan mengerti mengapa kestabilan dan kemakmuran negara itu amat penting? tepuk dada, tanyanya lah selera..


Apa yang berlaku kini adalah bangsa Melayu sudah semakin tenat..tenat dengan kebusukan hati.tenat dengan riak dan takbur diri..tenat dengan nanah hasad dengki yang sudah membeku..tenat dengan kuman tamak haloba dan pentingkan diri yang membunuh jatidiri seorang bangsa Melayu yang berbudi dan berakhlak tinggi..Sehubungan dengan hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“ Bahawa sesungguhnya umatku akan ditimpa penyakit umat atau penyakit sosial masyarakat. Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah dia penyakit umat itu ya Rasulullah?” Sabdanya, “Iaitu penyakit kufur ni'mat Allah. Penyakit sombong dan bongkak, penyakit tamak haloba, penyakit persaingan sesama sendiri untuk merebut kemewahan dan kemegahan dunia, penyakit benci-membenci dan penyakit hasad dengki hingga berlaku kezaliman dan menimbulkan huru-hara.”

Begitulah penyakit yang menyerang umat Islam di akhir zaman ini, dan itu lah penyakit yang benar-benar telah meracuni bangsa Melayu kini sepertimana yang diterang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut.

UMNO yang diharap dapat membela bangsa, turut telah tercemar dan dijangkiti penyakit ini dengan begitu berleluasa sekali hingga UMNO hilang semangatnya, hilang matlamatnya, hilang segala asas dan nilai murninya..adakah nasib bangsa melayu akan terus terbela dengan adanya penyakit ini yang terus bersarang di hati melayu itu sendiri? sedarlah bangsaku..sedarlah Melayu..masa lalu telah berjaya diharungi,adakah masa depan pasti cerah menanti??? Adakah ungkapan Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Di Dunia " masih bermakna jika Melayu yang ada sudah tiada harga??

Kenanga Indah Jambangan Siapa,
Tersusun Rapi Di dalam Raga,
Bangsaku Alpa Terus Terlupa,
Adakah Warisan Kekal Terjaga