Search This Blog

Wednesday, December 9, 2009

SALAHKAH BTN?????




UTUSAN MALAYSIA 10 DISEMBER 2009
(FORUM)

Di mana silapnya Biro Tata Negara?
DI mana silapnya Biro Tata Negara (BTN)? Satu persoalan yang menjadi isu baru yang dimainkan oleh parti pembangkang. Kenapa? Kerana dia takut rakyat Malaysia menjadi manusia. Dia takut rakyat Malaysia menjadi insan yang baik, itu yang dapat saya simpulkan.
Mungkin ada sesetengah mereka sebagai orang yang pernah mengikuti kursus BTN ini sependapat dengan saya tapi mereka tidak dapat luahkan apa yang mereka rasa.
Ini pendapat saya dan pengalaman yang saya pernah mengikuti kursus ini. Memang banyak kebaikan. Tidak kira sekiranya Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah ataupun pakatan pembangkang sendiri mungkin pada suatu hari nanti. Pakatan pembangkang yang berkeinginan sangat mahu membentuk kerajaan. Sebab, semasa mengikuti kursus ini dapat menyemai satu perasaan yang begitu sayangkan tanah air.
Sebagai satu contoh ketika mengikuti satu sesi kalau tidak silap saya sesi itu kami dalam satu kumpulan diberi satu kertas berukuran A4. Kecil sahaja kertas itu tapi kertas itu ibarat tanah air kami dan kami pijak kertas A4 itu dengan bersungguh-sungguh sambil berzikir dan kami menangis kerana ada tangan-tangan jahat yang ingin merampas tanah air kami. Perasaan sayangkan tanah air begitu tebal sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Buruk ke jika ada semangat sayangkan tanah air kami dalam kursus BTN?
Ketahanan diri ketika mendaki bukit, memilih salah seorang daripada ahli kumpulan kami sebagai ketua. Ketika itu ketua kumpulan kami yang kami amanahkan menjaga kami sepanjang ekspedisi itu ialah seorang lelaki yang agak nanar dan bersikap kasar. Tapi kami amanahkan dia menjaga kami dan kami berjaya membentuk dia menjadi seorang yang cukup prihatin dan berjaya menjaga, menolong kami yang hilang semangat untuk habiskan ekspedisi itu.
Dia sanggup memikul beg sandang kami bila kami tidak larat membawanya. Bukankah itu satu kursus yang telah berjaya membentuk seseorang yang ada sikap pentingkan diri sendiri sehingga lahir sikap yang baik, sayang pada ahli kumpulan dan yang penting sekali BTN telah berjaya menerap nilai-nilai murni dalam hati seseorang. Salahkah BTN?
Kami diwajibkan sembahyang berjemaah setiap kali masuk waktu solat, qiamullail juga telah membentuk kami menjadi insan yang sedar kesalahan kami, betapa kecilnya kami dengan dosa-dosa kami lakukan. Dan selepas qiamullail itu ketua kumpulan saya memotong rambutnya yang panjang, menangis kesedihan, Ya Allah, kau telah bukakan pintu hati seorang hamba-Mu yang selama ini lalai tapi setelah BTN dia ingin menjadi seorang insan berguna. Gagalkah BTN membentuk masyarakat?
Dan akhir sekali, yang saya ingat, sesi luahkan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, juga pengalaman sedih dan pengalaman gembira sepanjang hidup. Kami luahkan apa sahaja yang selama ini kami simpan dalam hati. Ada yang menangis, ada yang ketawa. Kami merasa lega selepas itu. Salahkah BTN?
Itu mungkin sedikit antara contoh-contoh. Tapi apa yang dapat saya rumuskan BTN itu tidak silap. Banyak manfaat yang kami terima. Kami sayangkan tanah air kami, kami sedar akan dosa-dosa kami pada Tuhan, pada ibu bapa dan pada diri sendiri.
Mungkin ada yang mempunyai ego yang tebal, merasa diri mereka sudah sempurna yang tidak suka akan BTN. Mungkin juga seseorang yang ada terselit perasaan pentingkan diri sendiri atau lebih baik saya katakan takut tergugat untuk menambah ahli parti dan takut sangat pada BTN.
Tapi bagi saya dari kursus BTN yang saya hadiri semasa muda dulu hingga sudah berusia ini berjaya membentuk diri dan hari ini saya tidak sabar untuk menghantar anak-anak saya yang semakin membesar sekiranya ada peluang.


Oleh,
KAK SAL
Kerteh, Kemaman

3 comments:

  1. Salam Cik puan, terima kasih kerana membuat pautan blog saya ke sini. Saya juga ingin meletakkan blog anda ke dalam inkubator saya. jika setuju sila maklumkan. untik info inkubatur sila masuk ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. btl tue pihak pembangkang takutla nanti ramai rakyat malaysia sedar siapa yg sebenarnye membela rakyat n siapa yg tak...

    ReplyDelete
  3. Salam...Harap dapat dilink Blog KL BOYZ disini.
    Terima Kasih...
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete